Third Day (3 Mei 2014)
Haa.. nak tau tak apa aktiviti yang kitorang buat pada hari ketiga kat Terengganu..? hehe
Pada hari ketiga program, kami telah mengunjungi beberapa tempat di sekitar Terengganu.And, the first place that we went to is Noor Arfa Batik.Sampai2 je dekat Noor Arfa Batik, kami diberikan taklimat oleh pihak Noor Arfa Batik mengenai perusahaan tersebut.Best sangat... kami juga telah dibawa melawat sekitar Noor Arfa Batik untuk melihat cara mereka menghasilkan batik.Bukan itu sahaja, tak lengkap la lawatan kitorang ni kalau kami tak mencuba hasilkan sendiri batik kan..? hehe
Oleh itu, kami semua telah diberi peluang oleh pihak Noor Arfa Batik untuk menghasilkan batik mengikut kreativiti kami sendiri.Apa lagi, kami pun terus la mencanting batik.haha Macam-macam gelagat ada waktu kami mencanting batik..semuannya nak tunjukkan kreativiti masing-masing termasuklah saya sendiri..hehe Dan hasilnya..taraaaa..!!
![]() |
| Semasa proses menghasil batik dijalankan |
![]() |
| Salah satu hasil batik dari kami |
![]() |
| Bergambar kenangan di hadapan Noor Arfa Batik |
Selesai sahaja lawatan kami ke Noor Arfa batik, kami terus menuju ke destinasi yang seterusnya.Kalau datang Terengganu tak merasa keropok lekor tak sah la kan..hehe So, our next destination is.... BTB keropok lekor.Ianya adalah sebuah perusahaan yang terkenal penghasilan kerepok lekornya yang enak.
Di sana, kami telah dibawa untuk melihat proses penghasilan keropok lekor.
| Proses merebus keropok lekor |
| Proses membuat timbangan |




0 comments:
Post a Comment