Pada 1-4 Mei 2014 yang lalu, Majlis Eksekutif Keusahawanan Kolej Ibrahim Yaakub UKM telah mengadakan satu program iaitu Program Pemantapan Kemahiran Usahawan Kolej Ibrahim Yaakub.Program ini telah dijalankan di negeri Terengganu.Makang ikang la kita..hehe
Program yang telah berlangsung selama 4 hari ini bertemakan "Keusahawanan Tunggak Pencapaian Wawasan 2020".Nak tahu lebih lanjut mengenai aktiviti-aktiviti menarik yang telah kami lakukan tak..?? hehe Meh sini saya nak share sama2 pengalaman yang menarik dan best sepanjang program ni diadakan..
First day (Khamis-1 Mei 2014)
![]() |
| Semasa pendaftaran dibuat |
| Peserta Program menunggu bas |
Selesai sahaja pendaftaran dibuat semua ahli program bergerak ke bus stop kolej untuk menunggu ketibaan bas UKM yang bakal membawa kami menuju ke destinasi.Masing2 semua muka excited je..haha
| Peserta program mula menaiki bas |
Setibanya bas, tanpa melengahkan masa kami semua mula memasukkan beg2 kami ke dalam bas.Kami juga mula menaiki bas dan mengambil tempat duduk masing2..Perjalanan jauh la katakan..hihi
| Tiba sudah kami di Terengganu |
Perjalanan yang jauh menyebabkan kami tiba jua di destinasi kami iaitu di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin, Kuala Terengganu walaupun sudah lewat petang..Sampai2 je kami mula mendaftar masuk ke bilik yang telah ditetapkan dan berehat secukupnya untuk malam tu sebelum memulakan aktiviti keesokan harinya..
Begitulah al kisahnya pengembaraan kami ke Kuala Terengganu pada hari pertama program..untuk hari2 yang berikutnya nantikan post saya yang seterusnya..hehe


0 comments:
Post a Comment